Sunday, August 8, 2010

Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir OKU

Dimulakan dengan Ceramah Mengenai Takaful
 Sarapan sementara menunggu ketibaan Penaung
Ucapan dari Penaung PDK Senawang
 
Acara pakaian beragam
  
Acara potong Kek
  
Guru Pelatih bersama Penaung, En Ahmad Tajudin dan Pengerusi PDK Senawang
  
Ahli Jawatankuasa bersama Penaung, En Ahmad Tajudin dan Pengerusi PDK Senawang

Friday, August 6, 2010

Produk Kami - POPCORN

Sempena Majlis Sambutan Hari Lahir OKU yang lalu, Pengarah JKM Negeri Sembilan telah merasmikan produk PDK Senawang iaitu 'POPCORN'. Popcorn ini diusahakan oleh cikgu - cikgu bersama pelatih - pelatih OKU.

Popcorn dijual dengan harga 50sen sebungkus. Sedia mengambil tempahan untuk jamuan, majlis, jualan dan sebagainya. Bolehlah hubungi PDK senawang sekiranya berminat ye..

Tuesday, July 6, 2010

Teori Kaedah Dohsa-Hou

DOHSA (PERGERAKAN)

Keinginan.....Usaha....Pergerakan Badan

KEINGINAN - Berasa hendak melakukan sesuatu

USAHA - Percubaan untuk merealisasikan pergerakan yang hendak dibuat

PERGERAKAN BADAN - Hasil daripada keinginan dan usaha, membentuk pergerakan badan

*Nota dari Unit Dohsa-hou Taman Sinar Harapan Seremban

Saturday, March 27, 2010

AHLI JAWATAN KUASA PDK


Ini dia gambar pengerusi dan AJK - AJK PDK Senawang, bersama pegawai JKMNS En. Ahmad Tajudin

Thursday, March 11, 2010

PDK Senawang Cuti Seminggu

Sempena cuti sekolah ini, PDK Senawang pun cuti juga selama seminggu. Lagipun ada Sukan Paralimpik pada Isnin - Selasa di Stadium Paroi. Ada pelatih dan cikgu - cikgu yang terlibat. Jadi pelatih - pelatih yang lain pun diberi cuti seminggu, 15 Mac hingga 18 Mac 2010.

Sunday, March 7, 2010

Klinik Gigi

Tarikh : 11 Mac 2010
Jam : 9 pagi
Tempat : PDK Senawang

Rawatan susulan klinik pergigian kepada pelatih - pelatih PDK Senawang.

Wednesday, March 3, 2010

Maklumat Lanjut...

Penyelia : Puan Zhani
Bilangan Guru : 6 orang
No Telefon : 06 - 6786048


Bayaran yang dikenakan bagi seorang pelatih :
Yuran Bulanan : RM30
Yuran Takaful Tahunan : RM50 

Orang Kurang Upaya yang ingin mendaftar di mana - mana PDK, perlu terlebih dahulu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai OKU.


Waktu Operasi PDK : Isnin hingga Khamis, jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Hari Jumaat, guru / cikgu PDK akan membuat lawatan ke rumah bagi OKU yang berdaftar di PDK tersebut, tetapi tidak dapat hadir ke PDK (bagi OKU terlantar dan kes - kes tertentu) 

Setiap OKU / pelatih di beri elaun bulanan oleh JKM sebanyak RM150 jika kehadiran OKU ke PDK lebih daripada 8 hari.

Sebarang pertanyaan bolehlah meninggalkan komen di blog ini atau emel kepada pdksenawang@gmail.com.


Lokasi PDK Senawang

PDK Senawang, pada mulanya beroperasi di 51, Lorong 12, Fasa II, Taman Seri Mawar,70450 Senawang, Seremban. Pada Januari 2009 hinggalah ke hari ini, Mac 2010, ia beralamat di No 261, Jalan Kenanga, Taman Marida, 70450 Senawang. Sebab - sebab perpindahan : bilangan pelatih yang bertambah ramai dan memerlukan kawasan yang lebih luas untuk menjalankan aktiviti.

Tuesday, March 2, 2010

Apa itu PDK ?

Salam Sejahtera,

PDK , iaitu singkatan bagi Pemulihan dalam Komuniti. Maklumat lanjut apa itu PDK, boleh didapati di website www.pdknet.com.my

Blog ini adalah mengenai PDK Senawang dan aktiviti - aktiviti yang dijalankan.